Bilik Sewa Terbakar, Suami Isteri, Bayi Sesak Nafas

| September 28, 2020 | 0 Comments

Bilik Sewa Terbakar, Suami Isteri, Bayi Sesak Nafas | Georgetown – Sepasang suami isteri bersama seorang bayi lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas selepas bilik sewa yang didiami mereka terbakar di Jalan Utama di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, ketiga-tiga mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.03 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran berlaku melibatkan sebuah billik hostel kos rendah dengan anggaran peratusan kemusnahan 100 peratus.

“Komander operasi melaporkan terdapat tiga orang mangsa mengalami gangguan pernafasan yang terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita termasuk seorang bayi lelaki.

“Tindakan anggota adalah memadamkan kebakaran sehingga selesai dengan dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal,” katanya di sini sebentar tadi.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *