Bintang Filem Ini Kongsi Tips Elak Jangkitan Lepas 2 Minggu Berjuang Menentang Covid-19.

| March 24, 2020 | 0 Comments

Bintang Filem Ini Kongsi Tips Elak Jangkitan Lepas 2 Minggu Berjuang Menentang Covid-19. | Kesihatan bintang filem Forest Gump, Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson semakin pulih, selepas dua minggu berjuang menentang virus COVID-19.

Hanks, 63, berkongsi perkembangan kesihatannya menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

“Dua minggu lalu kami didapati mempunyai beberapa simptom, kini saya dan isteri beransur sihat,” katanya.

Hanks menasihatkan orang ramai mengamalkan beberapa langkah seperti saranan pakar untuk menjarakkan diri sejauh enam kaki antara satu sama lain.

“Mengurungkan diri pada satu tempat bertujuan supaya tidak menyebarkan virus. Anda juga tidak mendapat jangkitan daripada sesiapa.

“Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi sekiranya menjaga antara satu sama lain, membantu apa yang boleh dan mengorbankan keselesaan, semua ini akan berlalu. Kita boleh membendung virus ini bersama,” katanya.

Terdahulu, pada 12 Mac, Hanks, mengesahkannya dan isteri positif COVID-19. Bintang filem terkemuka Hollywood itu menjadi selebriti terkenal pertama disahkan positif virus berbahaya itu.

Hanks berkata, mereka mengalami demam ketika berada di Australia ketika sedang menjalani penggambaran filem baharu yang memaparkan kisah hidup Elvis Presley.

Kemudiannya, Hanks dan isteri menjalani kuarantin dan mengurungkan diri dalam rumah sewa selepas dibenarkan keluar sebuah hospital di Queensland.

Hanks dalam entri yang dimuat naik dalam akaun Instagram, minggu lalu berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan melipat pakaian, membasuh pinggan mangkuk dan kemudiannya, membawa kepada tidur ketika dalam tempoh kuarantin di rumah sewa.

Mereka dipercayai dijangkiti virus COVID-19 ketika di Amerika Syarikat atau dalam perjalanan ke sana, menurut pegawai dari Queensland Health. – AGENSI

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *