Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BN Mampu Menang PRU-15. 'Ini' Penjelasan Zaid Ibrahim

Katanya, jika semua ahli UMNO mengundi pada PRU kali ini, selain bekerja lebih kuat, usaha itu mampu direalisasikan.

Katanya dalam satu kenyataan, bagaimanapun untuk mendapatkan majoriti yang banyak memang susah hendak cakap tetapi saya yakin BN boleh kembali.

Akuinya, ketiadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memberi kesan kepada PRU15 kerana ramai pengundi muda yang sukakan beliau.

Tambahnya, cuma tidak tahu (pilihan) pengundi muda kesan daripada ketiadaan Najib kerana jika beliau ada (pada PRU15) saya lebih yakin.

Beliau mendakwa, pengundi muda atau pengundi baharu yang seramai lima juta orang ini saya tidak tahu (pendirian mereka), susah nak cakap. Tetapi sudah pasti akan terjejas sedikit kerana Najib pemimpin yang banyak berjasa.

Selain itu, Mohd Zaid berkata untuk menang pada PRU kali ini, beliau berharap pemimpin parti yang mempunyai kelemahan atau sebarang isu ketika ini memperbaiki kelemahan yang ada.

Katanya lagi, kita perlu saling tolong menolong. Orang yang ada kelebihan tolong (orang yang memerlukan). Kita tiada pilihan lain selain bersatu dan pastikan kemenangan BN.

Sementara itu, Mohd Zaid turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpin yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi PRU15.

Katanya, tindakan pemimpin berkenaan yang degil itu amat menyusahkan orang ramai serta sudah pasti akan membazirkan wang kerajaan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri pula selepas ini.

Menurutnya. setiap kali kita buat pilihan raya akan belanjakan RM600 juta hingga RM700 juta, dan wang itu sebenarnya boleh digunakan untuk membuat sekolah, sebagai subsidi atau pelepasan hutang.

Tambahnya lagi, tapi negeri (enggan bubarkan DUN) ini degil dan nak tunjukkan dia berkuasa dengan tidak mahu bubarkan DUN.

Beliau berpendapat, ini satu tanda yang kalau negara kita nak maju, kita tidak boleh ada pemimpin yang memikirkan pasal mereka saja, dia tidak fikir kepentingan umum kerana bazirkan duit, buang masa, menyusahkan orang dan mungkin mereka akan tewas.

Ditanya sama ada akan bertanding pada PRU15, Mohd Zaid berkata beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian namun sedia membantu parti jika diperlukan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply