Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri supaya keabsahan jawatan yang dipegang Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dimuktamadkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

'BN Sokong Usul Percaya Terhadap PM'-Ujar Ahmad Zahid

Beliau berkata, ia bagi mendiamkan pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata walaupun ada pihak mengatakan langkah itu berisiko, namun ia adalah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dalam pembentukan kerajaan baharu.
Katanya, pelantikan Anwar telah diputuskan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlunaskan Perlembagaan berdasarkan peruntukan mengikut Perkara 43(2)(a) menetapkan dua syarat lantikan Perdana Menteri.
Tambahnya, justeru semua pihak perlu menghormati keputusan dan kebijaksanaan tersebut. Tidak perlu lagi pihak mempertikaikan keputusan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara. Janganlah umpama rumah siap, pahat berbunyi.
Katanya lagi menerusi perkongsian di Facebook, “Marilah kita sama-sama menjunjung titah dan menghormati perkenan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan negara.”
Zahid Beri Amaran, ‘Jangan Derhaka Sikit Pun Walau Tak Suka’

 Semua pihak diminta untuk tidak menderhaka walaupun tidak suka atau kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong.

'BN Sokong Usul Percaya Terhadap PM'- Ujar Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua pihak perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong yang tanpa lelah memberi sokongan dan dokongan padu kepadanya.

Katanya, Terima kasih atas sokongan padu penyokong yang menzahirkan dokongan mereka sebentar tadi. Kekal tenang dan mari kita bina kembali Malaysia demi kebaikan semua agama dan bangsa, demi anak cucu keturunan kita.

“Kita menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk Kerajaan Perpaduan. Jangan derhaka sedikit pun walau tidak suka dan kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Tuanku,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Puluhan ahli Kelab Penyokong Presiden UMNO, bersolidariti di hadapan di pintu masuk Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Ahmad Zahid.

Pengerusi Kelab Penyokong Presiden UMNO, Datuk Dr Ramalan Yunus berkata, UMNO secara majoritinya menyokong sepenuhnya titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 menyaksikan beberapa pihak termasuk pemimpin parti komponen BN mendesak supaya Ahmad Zahid bertanggungjawab dengan meletak jawatan.

Kemelut politik yang berlanjutan beberapa hari selepas berakhir PRU15 menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 (PM10).

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Share.

Leave A Reply