Boleh Ziarah Raya Rumah Jiran Dan Keluarga Dalam Negeri Yang Sama.

| May 9, 2020 | 0 Comments

Boleh Ziarah Raya Rumah Jiran Dan Keluarga Dalam Negeri Yang Sama.| Kerajaan membenarkan aktiviti ziarah terhadap jiran terdekat dan keluarga dalam negeri yang sama, dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, kelonggaran itu diberikan kepada rakyat yang menyambut tiga perayaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa hingga 9 Jun ini, iaitu Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.

“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka. Setiap keluarga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan cecair pembasmi kuman sepanjang sambutan perayaan ini.

“Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir,” katanya pada perutusan khas, hari ini.

Sumber : BH Online

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *