Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Tersepit Celah Pokok

| September 21, 2020 | 0 Comments

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Tersepit Celah Pokok | Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas tersepit di antara tiang elektrik dan sebatang pokok.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang di Kampung Sungai Bakap di sini, budak lelaki terbabit berjaya dikeluarkan bomba menggunakan peralatan khas tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, kanak-kanak berkenaan dipercayai bermain sendirian di antara tiang dan pokok berkenaan sebelum tersepit.

Katanya, bomba menerima panggilan kira-kira pukul 4.23 petang dan berjaya mengeluarkan budak lelaki berkenaan kira-kira 15 minit kemudian.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Raja Mohd Saad Raja Adnan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah itu selesai sepenuhnya kira-kira jam 5 petang.

Kanak-kanak lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada keluarganya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *