Bomba ‘Selamatkan’ Lelaki Cuba Pecah Masuk Bangunan Disangka Mahu Bunuh Diri

| July 22, 2020 | 0 Comments

Bomba ‘Selamatkan’ Lelaki Cuba Pecah Masuk Bangunan Disangka Mahu Bunuh Diri | Seorang lelaki yang disangka mahu membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, rupa-rupanya adalah pencuri.

Sangkaan itu membuatkan pihak polis menghubungi pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk bergegas ke lokasi kejadian di Sibu, Sarawak.

Menurut laporan perkembangan harian jabatan itu, mereka menerima panggilan daripada pihak polis pada pukul 8.12 pagi Khamis bagi membantu menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di balkoni tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Dr Wong Soon Kai.

“Orang awam menyangka lelaki berkenaan yang mahu membunuh diri dan menghubungi polis,” katanya.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya memujuk lelaki itu, yang didakwa cuba memecah masuk ke bangunan tersebut.

Suspek turun menggunakan tangga yang disediakan oleh pasukan bomba.

“Lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut laporan itu.

Sumber : Mstar

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *