Bomba Turut Bantu Pesakit Wanita Seberat 300KG Pindah Hospital | Seorang pesakit wanita yang seberat 3oo kilogram (Kg) perlu dipindahkan dari Hospital Jitra ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, malam tadi. Namun disebabkan fizikalnya itu, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak bomba.

Bomba Turut Bantu Pesakit Wanita Seberat 300KG Pindah Hospital

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membantu pihak hospital pada 9.52 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di hospital pada jam 9.56 malam dan kemudian memindahkan wanita berusia 42 tahun yang mengalami obesiti itu dengan menaiki sebuah lori Isuzu.

Sepanjang perjalanan, pesakit berkenaan turut diiringi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang disertai empat anggota dari BBP Jitra.

Operasi itu telah tamat pada jam 11.14 malam.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply