Bomoh Ditemui Mati Dalam Rumah, Ada Kesan Tembakan Di Kepala

| April 5, 2021 | 0 Comments

Bomoh Ditemui Mati Dalam Rumah, Ada Kesan Tembakan Di Kepala | Seorang pengamal perubatan atau lebih dikenali sebagai bomoh oleh masyarakat tempatan telah ditemui mati di kediamannya. Lelaki itu disyaki ditembak kerana terdapat kesan tembakan pada bahagian kepalanya.

Bomoh Ditemui Mati Dalam Rumah, Ada Kesan Tembakan Di Kepala

Mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, telah ditemui mati di kediamannya pada jam 11 malam. Pihak polis telah menerima laporan pada waktu tersebut sebelum sepasukan anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian. Siasatan mendapati terdapat darah kering dan kesan tembakan di kepalanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, ketika kejadian berlaku mangsa berseorangan di rumah, manakala isteri dan anaknya pula berada di rumah mentua untuk kerana masih berada dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak mereka. Ibunya ketika itu keluarga untuk berniaga dia Bukit Rangin Perdana.

Siasatan masih lagi dilakukan, polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa kes ini bermotifkan dendam atau marah kerana terdapat kesan tembakan itu. Pihak polis juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

Siasatan turut mendapati lelaki tersebut melakukan aktiviti perubatan sejak setahun yang lalu di kediaman itu. Kediaman itu merupakan rumah yang disewa oleh ibunya yang berusia 60 tahun.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan ataupun saksi kejadian diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber : Sahih, Malaysia Gazette

Tags: , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *