Bongkar Kegiatan Dadah, Lelaki Dibelasah Tiga Beradik

| January 26, 2021 | 0 Comments

Bongkar Kegiatan Dadah, Lelaki Dibelasah Tiga Beradik | Bengang serta tidak puas hati kegiatan penagihan dadah terbongkar, tiga beradik bertindak memukul seorang lelaki hingga cedera. Baca selanjutnya..

LAPOR PENAGIHAN DADAH

Chukai: Seorang buruh menanggung kesakitan apabila ditumbuk dan disepak tiga beradik selepas dikatakan membongkar kegiatan penagihan mereka kepada pihak berkuasa dalam kejadian di Kampung Berenjut, di sini, kelmarin.

Penagih dadah marah

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang selepas lelaki berusia 36 tahun itu menerima panggilan daripada salah seorang suspek yang meminta mangsa datang ke rumah mereka untuk berbincang.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa segera ke lokasi seperti diarahkan dan sebaik tiba, mangsa diserang rakannya bersama dua adik beradiknya.

Katanya, tiga suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang dikatakan bertanggungjawab membongkar kegiatan penagihan dadah mereka kepada pihak berkuasa.

“Tiga suspek membelasah mangsa tanpa memberi peluang kepada lelaki terbabit menjelaskan keadaan sebenar.

“Mangsa berjaya melarikan diri namun suspek yang masih tidak berpuas hati mengugut akan mencederakan mangsa lagi selepas ini.

“Susulan kejadian itu, mangsa yang cedera di tulang rusuk, muka dan badan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *