Bosan Asyik Disajikan Dengan Mentua Yang Garang Dan ‘Toxic’, Netizen Pakat Kongsi Pengalaman Dapat Mentua Yang Baik

| March 18, 2021 | 0 Comments

Bosan Asyik Disajikan Dengan Mentua Yang Garang Dan ‘Toxic’, Netizen Pakat Kongsi Pengalaman Dapat Mentua Yang Baik | Tidak dinafikan, masyarakat kita sering ‘dimomokkan’ dengan cerita atau kisah-kisah mengenai ibu mentua yang garang dan toxic.

Bagi wanita yang sudah mendirikan rumahtangga, selain dari mendapat suami yang baik, dapat ibu mentua yang baik juga satu kurnia yang bermakna buatnya.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian dari seorang pengguna Twitter mengenai ibu mentuanya yang bersikap baik dan penyayang terhadapnya.

Bosan cerita melayu asyik sajikan kita dengan in law garang and toxic.. kita share benda yang baik pula.. bukannya tak ada in law yang baik dalam dunia ni..

Sakit badan sebab kami main badminton guys ramai-ramai.. before tu i kerja.. tu yang MIL takut i sakit badan..

Selain itu, perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet dan ramai pakat-pakat berkongsikan pengalaman yang sama iaitu mendapat layanan dari ibu mentua yang baik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai warganet menyukai dengan semua perkongsian yang telah dikongsikan. Ada juga bagi mereka yang belum mendirikan rumah tangga, turut berharap agar suatu hari nanti dapat keluarga mentua yang baik.

Sumber : @AshlynaShah

 

Tags: , , , , , , ,

Category: KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *