Bot Penyeludup Terbalik MenyebabkanTiga Maut

| May 2, 2021 | 0 Comments

Bot Penyeludup Terbalik Menyebabkan Tiga Maut | Penyeludupan bahan larangan dan juga manusia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malahan ia berlaku di kebanyakan negara melalui jalan darat mahupun laut. Pelbagai cara mereka gunakan untuk menyeludup masuk tanpa berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

Bot Penyeludup Terbalik Dan Tiga Maut

Los Angeles: Sebuah bot penyeludup telah ditemui terbalik kerana membawa muatan berlebihan. Bot itu juga pecah kerana telah melanggar tebing berhampiran pinggir laut California, Amerika Syarikat (AS) semalam. Individu yang menaiki bot berkenaan dipercayai adalah migran yang cuba masuk ke AS secara haram.

Insiden yang berlaku itu telah menyebabkan tiga orang pendatang yang berada di dalam bot itu maut manakala lagi 27 orang penumpang lain telah dimasukkan ke hospital yang berdekatan disebabkan oleh pelbagai kecederaan yang dialami oleh mereka.

Satu video yang memaparkan saat insiden itu berlaku telah menunjukkan kesemua individu yang menaiki bot yang sepanjang 12 meter itu telah terjun ke dalam laut yang sedang bergelora.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Perlindungan Kastam dan Sempadan Awam, Jeffery Stephenson mengesahkan kepada media bahawa bot yang terbalik itu digunakan untuk menyeludup.

Itu merupakan bot penyeludupan. Terdapat Ejen Kawalan Sempadan sedang bersama seorang lelaki yang dipercayai sebagai pengendali. Penyeludup tidak kisah mengenai nyawa manusia yang dieksploitasi. Mereka hanya fikirkan keuntungan. Mereka tidak miliki kelengkapan keselamatan mencukupi dan bot itu melebihi muatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego, Jose Ysea memaklumkan semua 27 individu yang terselamat dibawa ke hospital akibat pelbagai kecederaan.

Pasukan tindak balas kecemasan melaksanakan tujuh penyelamatan di air serta satu di tebing, kata Ketua Pasukan Penyelamat San Diego, James Gartland.

Insiden terbabit berlaku ketika AS bergelut dengan gelombang besar kemasukan pendatang asing tanpa dokumen di sempadan selatan negara itu.

Pihak berkuasa dan migran memaklumkan, kemasukan besar-besaran itu dicetuskan oleh peningkatan jumlah kemiskinan dan keganasan di Amerika Tengah, selain janji Presiden AS, Joe Biden untuk melaksanakan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap imigran.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *