Brek Gagal, Kelindan [email protected], Pemandu Treler Cedera | Seorang kelindan maut manakala pemandu treler cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar konkrit penghadang jalan di selekoh Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak menghala Bentong pada Sabtu.

Keadaan treler yang terbalik selepas terbabas melanggar konkrit penghadang jalan di KM43 Lebuhraya Karak, Bentong pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa, V Shunmugam, 69, meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Superintenden Zaiham Mohd Kahar, Ketua Polis Daerah Bentong memberitahu, hasil siasatan mendapati treler yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun telah mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di kawasan Bukit Tinggi.

Beliau berkata bahawa kegagalan brek menyebabkan treler itu terbabas melanggar konkrit penghadang jalan di lokasi kejadian.

Beliau juga berkata dalam kenyataan pada Ahad bahawa akibat kemalangan tersebut, pemandu mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan cedera parah di bahagian kepala dan tangan telah dihantar ke Hospital Bentong, namun meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Zaiham berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel Lain

Pemandu Treler Maut Akibat Rempuh Belakang Treler Lain

Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang treler lain yang berhenti di laluan kecemasan di Kilometer 1.5 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari arah Shah Alam menuju Subang pada Selasa.

Pemandu Treler Maut Akibat Rempuh Belakang Treler Lain

Mangsa berusia 59 tahun yang tersepit di bahagian pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Jelasnya, siasatan awal mendapati sebuah treler berhenti di laluan kecemasan berikutan mengalami kerosakan.

namun menurutnya lagi dalam satu kenyataan, bagaimanapun treler yang dipandu mangsa dari arah sama tidak sempat mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang kenderaan berkenaan, akibatnya mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dan kemudian menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

 

Pemandu, Kelindan Lori Maut Rempuh Treler Di Jambatan Pulau Pinang

Pemandu, Kelindan Lori Maut Rempuh Treler Di Jambatan Pulau Pinang | Pemandu dan kelindan sebuah lori dilaporkan terkorban dalam kemalangan antara lori dengan treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang arah pulau dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, pemandu lori, Mohd Fazrol Maarof, 39, dan kelindan, Muhammad Amirrudin Azizan, 19, meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Pemandu treler berusia 54 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.

“Kejadian itu berlaku apabila sebuah lori tiga tan melanggar belakang sebuah treler.

“Terdapat dua mangsa lelaki yang tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah. Mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 5.55 pagi, manakala mangsa kedua berjaya dikeluarkan pada pukul 6.02 pagi.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.16 pagi,” katanya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply