Lima penyokong Terengganu FC (TFC) yang dipercayai terbabit dalam kekecohan yang berlaku di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada Isnin lalu, direman empat hari.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, semua lelaki berusia24 hingga 37 tahun ditahan Team Cantas Jabatan Siasatan Jenayah dalam tangkapan berasingan di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus antara 11 pagi hingga 8 malam tadi.

Beliau berkata, penahanan lima suspek susulan penahanan lelaki pertama berusia 27 tahun pada hari kejadian yang ditahan ketika melontarkan batu dan beberapa objek keras ke arah bas.

“Semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, lima suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman sebelum Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan mereka direman selama empat hari.

Media sebelum ini melaporkan berlaku satu kekecohan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus selepas berakhir perlawanan membabitkan TFC dengan Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, terdapat segelintir penyokong TFC membaling batu ke atas bas yang membawa pemain dan pegawai skuad Gergasi Merah.

Dalam perlawanan itu, skuad Penyu gagal mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini selepas tumpas secara agregat 3-2 walaupun merakam kemenangan 1-0 hasil jaringan kapten, Kipre Tchetche pada minit ke-35.

Sumber: Harian Metro

 

Penyokong Terengganu FC ‘Koyak’ Gagal Ke Final, Baling Batu Pada Bas Selangor FC

Pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn. Bhd. mengecam insiden sekeras-kerasnya kekacauan yang berlaku di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak selepas berakhir perlawanan menentang Selangor FC pada separuh akhir kedua Piala Malaysia malam semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Rasid Jusoh dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan segelintir penyokong membaling batu ke arah bas yang membawa pemain dan pegawai skuad Gergasi Merah tidak mewakili keseluruhan pasukan itu.

Beliau juga memohon maaf atas insiden memalukan itu sambil berharap kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Perkara ini dilihat telah turut sama mencalarkan imej kelab serta penyokong Terengganu yang sama-sama hadir dalam memberikan sokongan buat pasukan ini.

No photo description available.

“Pihak kelab juga memohon maaf kepada pihak pengurusan Selangor FC dan pemain atas insiden yang telah berlaku dan diharapkan perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Sesungguhnya segelintir yang telah melakukan kekacauan ini tidak mewakili serta menggambarkan imej serta keperibadian keseluruhan penyokong pasukan ini,” katanya.

Kira-kira pukul 12 tengah malam tadi, ketika bas yang membawa pemain dan pegawai Selangor FC dalam perjalanan pulang ke hotel. Sekumpulan penyokong yang menunggu di tepi jalan bertindak agresif membaling objek keras sehingga cermin bas  pecah.

Tindakan itu didorong rasa kecewa selepas skuad Penyu gagal mara ke final Piala Malaysia biarpun mencatat kemenangan 1-0 ke atas Selangor. Mereka tersingkir secara agregat 2-3.

Rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut di ruangan akaun Facebook milik Roni yang telah memuatnaik video berserta gambar kejadian tersebut.

Sumber: KMN

 

 

 

Share.

Leave A Reply