Buat Rondaan, Polis Temui Dua Lelaki Warga Asing Diikat Pada Pokok.

| September 27, 2021 | 0 Comments

Buat Rondaan, Polis Temui Dua Lelaki Warga Asing Diikat Pada Pokok. | Sejak akhir-akhir ini, negara kita dilihat telah dibanjiri oleh ribuan warga asing yang datang dari pelbagai negara untuk mencari pekerjaan.

Buat Rondaan, Polis Temui Dua Lelaki Warga Asing Diikat Pada Pokok.

Terdapat juga dari kalangan mereka yang datang tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dengan bantuan dari pihak tertentu.

Perkara itu jelas memberikan masalah kepada pihak berkuasa oleh sebab jumlah mereka yang ramai dan bersembunyi dari pengetahuan polis.

Terbaharu, pihak berkuasa telah menemui dua pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar yang terikat pada pokok di hutan Kampung Rahmat, Rantau Panjang, kelmarin.

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam,

Anggota yang bertugas telah membuat rondaan sebelum menemui dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun yang diikat pada pokok dalam keadaan gelap gelita.

Tambahnya, anggota bertugas kemudian telah membebaskan mereka sebelum meminta kedua-dua warga asing itu mengemukan dokumen pengenalan diri.

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *