Buaya Sebesar 5 Kaki Dalam Perut Ular Sawa | Buaya adalah merupakan haiwan jenis reptilia pemangsa yang berdarah sejuk dan mempunyai kulit bersisik serta rupa yang menggerunkan.
Walaupun buaya merupakan haiwan yang ganas, namun kadang-kala ia juga tidak terlepas daripada menjadi santapan si ular yang kelaparan.
Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah video yang menunjukkan seekor ular sawa Burma telah menelan seekor buaya sepanjang lima kaki.
Video itu telah dikongsikan oleh seorang saintis bernama rosiekmoore di akaun Instagram miliknya pada 1 November 2022.
Ular sawa Burma yang menelan buaya itu dikatakan sepanjang 18 kaki.
Berdasarkan video itu, pada awalnya beberapa orang lelaki dilihat memegang dan memeriksa keadaan perut ular yang dilihat kembung seakan baru kekenyangan.
Mereka kemudiannya telah memotong ular itu untuk melihat objek yang berada di dalam perut ular tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati terdapat seekor buaya sepanjang lima kaki berada di dalam perut ular berkenaan.
Menerusi video itu, ular tersebut dipercayai sudah mati begitu juga dengan buaya yang berada dalam perut ular terbabit.
Video itu telah dikongsikan oleh seorang saintis bernama rosiekmoore di akaun Instagram miliknya pada 1 November 2022.
Video yang dirakam di Florida itu telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 400 ribu tanda suka daripada penonton.
Terdahulu, Siakap Keli pernah berkongsikan sebuah video berkenaan bagaimana cara ular minum air.
Berdasarkan perkongsian video tersebut, seekor ular dari spesies ular sawa dilihat sedang menghilangkan dahaganya dengan meminum air dari cawan plastik.
Apa yang menarik perhatian adalah, bagaimana cara ular itu minum air tersebut. Ular berkenaan dilihat memasukkan kepalanya ke dalam cawan plastik dan kuantiti air di cawan itu tiba-tiba berkurangan.
Menerusi ciapan muat naik tersebut, ia menyatakan bahawa ular tersebut meminum air di dalam cawan tersebut dengan cara menyedutnya seperti menggunakan straw minuman.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Ular Sawa ‘Kekenyangan’ Lepas Baham Kambing. ADA VIDEO
Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari ini.
Reptilia seberat 80 kilogram dan berukuran enam meter itu berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.21 pagi.
Beliau berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia terbabit yang tidak bergerak di dalam kandang kambing.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada kawasan penempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Part 1 hshshs pic.twitter.com/8fxG0FS5Ok
— Maestro of Zanyism (@xanexenxein) September 28, 2022
Ramai tanya kenapa ular sawa tu perlu ‘muntahkan’ balik kambing tersebut lepas baham? Ini Jawapan dari netizen:
Kepada yang bertanya2 kenapa abam2 bomba tu keluarkan semula kambing dari ular sawa tersebut/ular cuba memuntahkan semula apa yang telah ia makan sebelum ditemukan itu,sila2 lah rujuk pada google/baca buku tentang permakanan habitat predator sprti ular/boleh call those BomBa..
kenapa kena keluaqkan kambing tu? sebagai penternak ular, depa ni kalau dh makn depa kena rilek, kalau hangpa kacau dia, then dia akan luahkan balik apa dia makan, kalau haritu dia makan rxz, maka dia luahkan balik menda tu.
kucing aku byk kena makan dgn ular besar gini. sebelum korg marah bomba tu sebab keluarkan kambing tu, sebenarnya ular tu yg muntahkan. bomba just tolong tarik. kucing aku pun byk kali ular muntahkan sebab dia terkejut ada orang. selalu terlepas ularnya time nk tangkap. geram..
Sumber : Kosmo