Budak Lelaki Ditemukan Tanpa Alat Sulit | Malang nasib yang menimpa kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Afrika Selatan, apabila dipotong alat sulitnya dan hampir maut apabila dibiarkan kesakitan dalam parit.
Mirror UK melaporkan, kanak-kanak lelaki yang parah itu ditemukan keadaan terbaring dengan berlumuran darah di dalam belukar ketika penduduk tempatan yang mengejar dua penjenayah selepas mendengar mangsa menjerit meminta tolong.
Penduduk tempatan menyangka kanak-kanak itu ditikam, namun terkejut apabila mendapati murid sekolah itu dipotong kemaluannya.
Kanak-kanak itu hampir maut akibat kehilangan darah apabila ditemukan di tanah terbiar berhampiran lombong emas di penempatan haram Blue Skye.
Penduduk tempatan berang apabila mendengar berita itu di bandar Boksburg di Wilayah Gauteng dan membawa ketakutan kepada ibu bapa.
Siapa yang menganiaya anak kecil itu sangat kejam.
Menyembur lada kepada kanak-kanak itu sudah cukup buruk tetapi memotong kemaluannya adalah tindakan biadab dan mangsa akan mengalami masalah mental sepanjang hayatnya.
Dia mengenali kanak-kanak lelaki itu dan dia sering berada di sekeliling mencari sedikit makanan, sentiasa tersenyum serta sopan orangnya.
Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata bahawa dia ditemukan di padang tanpa alat sulit, dan tidak dapat melihat dengan baik akibat semburan lada yang amat menyakitkan.
Sementara itu, Komander Balai Polis Afrika Selatan Boksburg Kolonel Matshidiso Mbele mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menyiasat kes atas dakwaan cubaan membunuh.
Bagaimanapun, Mbele enggan mengulas mengenai kecederaan mengerikan kanak-kanak lelaki itu.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Lelaki Ditemukan Selamat Slps Sesat Di Gunung Pulai.
Lelaki Ditemukan Selamat Selepas Sesat Di Gunung Pulai.| Johor Bahru: Lelaki dilaporkan hilang selepas sesat ketika mendaki seorang diri Gunung Pulai dekat sini, kelmarin ditemukan selamat, tengah malam tadi.
Komander Operasi Mohd Khairi Zainudin berkata, Lee Chin Chai, 56, ditemukan dalam keadaan letih kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.
“Mangsa yang hilang sudah dijumpai pada 12.30 tengah malam tadi dalam keadaan selamat, tetapi keletihan.
“Sebelum ditemukan, mangsa menyahut panggilan pasukan menyelamat dan ketika itu kedudukan mangsa adalah di dalam belukar dan bukan trek pendakian.
“Selepas mendengar suara mangsa, pasukan menyelamat ‘membuka’ laluan ke arah mangsa dan seterusnya menyelamatkannya.
“Mangsa keletihan, tetapi selepas diberikan sedikit makanan, lelaki itu kembali cergas dan boleh berjalan sendiri,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke hospital berhampiran dengan ambulans.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan malam kelmarin ditamatkan jam 3.30 pagi tadi.
Ia membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dan malim gunung.
Terdahulu dilaporkan, Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Gunung Pulai secara seorang diri, semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Lee Chin Chai, 56, dikatakan kali terakhir dapat dihubungi berada di lokasi berhampiran Pulai Hijauan, Skudai di sini.
Komander Operasi Mohd Khairi Zainudin berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai digerakkan ke lokasi selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.53 malam tadi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu turut disertai 16 anggota polis, tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tiga kakitangan Syarikat Air Johor (Ranhill SAJ).
“Mangsa dilaporkan melakukan aktiviti mendaki seorang diri pada jam 7 pagi berpandukan petunjuk arah ke Gunung Pulai yang diberi rakannya.
“Mangsa dilaporkan menggunakan jalan pintas untuk ke puncak gunung berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pada jam 7 malam, kakak mangsa yang risau tentang keadaan adiknya sempat menghubungi rakan-rakannya di Whatsapp dan menghantar gambar mangsa untuk meminta maklumat tentang adiknya.
“Kakak mangsa mendapat maklumat bahawa pasukan pendaki yang lain ada ternampak mangsa pada jam 10 pagi di puncak gunung.
“Mangsa juga dikatakan ada menghubungi kakaknya pada jam 8 malam dan memberitahu dia sesat ketika dalam perjalanan pulang dan sempat memberikan lokasinya melalui Whatsapp.
“Mangsa juga memaklumkan kepada kakaknya bahawa bateri telefon bimbitnya hampir habis,” katanya.
Mohd Khairi berkata, pada jam 9.30 malam, PKO bersama agensi lain bertindak membuat pencarian di darat menggunakan teknik ‘jungle tracking’ ke lokasi terakhir mangsa dapat dihubungi.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa tiada dan pihak ATM melepaskan tiga das tembakan untuk menarik perhatian mangsa sebelum pencarian diteruskan di kawasan sekitar lokasi terakhir.
Katanya, pihak Ranhill SAJ pula membuat pencarian di kawasan tasik menggunakan bot pada jarak 15 kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang, tetapi mangsa masih tidak berjaya dikesan.
“PKO dan semua agensi berkumpul semula pada jam 5 pagi tadi dan bertindak membuat pencarian di kawasan sekitar Ulu Choh,” jelasnya.
Sumber: Harian Metro