Budak Lelaki Ini Menangis Lihat Keadaan Ibunya Yang Baru Lepas Melahirkan Adiknya. Ada Video.

| June 16, 2020 | 0 Comments

Budak Lelaki Ini Menangis Lihat Keadaan Ibunya Yang Baru Lepas Melahirkan Adiknya. Ada Video. | Dalam diri setiap anak, tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Pastinya seorang ibu mendapat tempat yang istimewa dalam hati mereka. Jika ada sesuatu yang tidak kena, ibulah orang pertama yang dicari.

Dalam satu video tular dalam laman facebook South China Morning Post, menunjukkan video seorang anak lelaki yang mengalirkan air mata ketika melihat ibunya selepas ibunya selamat melahirkan seorang adik buatnya.

Walaupun dia gembira mendapat seorang adik baru, tetapi ibunya tetap orang yang pertama dalam hidupnya.

Setelah ibu dan adik barunya keluar daripada bilik bersalin, seluruh ahli keluarga melihat bayi yang baru lahir itu. Tetapi, dia terus berlari kepada ibunya dan menangis sebaik melihat keadaan ibunya. Sehingga dia bertanya kepada ibunya, adakah dia berasa sakit.

Video berkenaan menyentuh hati ramai orang yang melihatnya. Mereka mengatakan, pasti ibunya bangga mempunyai anak yang prin sepertinya. Yang lain berkata, “Dia akan membesar dan menjadi lelaki yang bertanggungjawab”.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *