Seorang wanita yang baru berkahwin 10 hari lepas dilaporkan maut selepas terjatuh dari kenderaan ‘buggy’ yang digunakan pemain golf semasa percutian bulan madunya.

Bulan Madu Bertukar TRAGEDI. Ini Yang Berlaku Selepas 10 Hari Kahwin...

Memetik laporan News.com.au, mangsa dan suaminya sepatutnya mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Namun, disebabkan pandemik Covid-19, pasangan ini terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka.

Namun siapa sangka, baru 10 hari bergelar isteri, Maria Morgan menemui ajal selepas terjatuh dari ‘buggy’ ketika bersiar-siar di sekitar pusat peranginan di Pulau Hamilton.

Lebih meruntun hati apabila insiden tersebut berlaku semasa pasangan ini sedang berbulan madu.

Menurut laporan, ‘buggy’ yang dinaiki pasangan ini dikatakan kehabisan bateri.

Oleh itu, pemandu ‘buggy’ tersebut bercadang mahu mengecas bateri kenderaan itu.

Namun, malang tidak berbau apabila kenderaan tersebut terbalik ketika pemandu cuba membuat pusingan-u.

Mangsa yang tidak memakai tali pinggang keledar telah tercampak keluar.

Maria yang mengalami kecederaan di kepala dan serangan jantung dilaporkan maut di tempat kejadian meskipun diberi bantuan pernafasan oleh pasukan paramedik.

Wakil Polis Queensland, Inspekator Anthony Cowan menyifatkan kematian itu sebagai kemalangan jalan raya.

Malah, tiada tanda-tanda pemanduan berbahaya atau memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply