Bumbung Gim Sekolah Runtuh Dibadai Ribut, 4 Kanak2 Antara 7 M4ut | TUJUH individu termasuk empat kanak-kanak terbunuh apabila bumbung sebuah gimnasium sekolah runtuh dalam ribut di Thailand, kata pihak berkuasa negara itu pada Selasa.
Menurut hantaran Facebook daripada jabatan pencegahan bencana dan pejabat perhubungan awam di wilayah itu, ketika kejadian, kanak-kanak berusia antara enam hingga 13 tahun itu masuk ke dalam pusat aktiviti di sekolah rendah Wat Nern Por di wilayah Phichit, Thailand untuk berteduh daripada hujan.
Menurut media tempatan, ribut yang menyebabkan cuaca hujan lebat dan angin kencang itu melanda wilayah terbabit sekitar pukul 6.30 petang waktu tempatan dan menyebabkan bumbung berkenaan runtuh secara tiba-tiba.
Pejabat perhubungan awam wilayah itu berkata, mangsa dewasa yang maut adalah dua pasangan ibu bapa dan seorang petugas kebersihan.
Katanya, terdapat seramai 18 individu lagi dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku di wilayah terletak kira-kira 300 kilometer (km) dari Bangkok, Thailand.
“Dalam sekelip mata, saya mendengar bunyi seperti di zon perang dan dalam tempoh lima saat, ribut itu sampai kepada saya,” kata seorang saksi kepada ThaiPBS.
“Semua rumah rosak akibat ribut tetapi arena ini runtuh sepenuhnya,” kata datuk bandar tempatan, Kannika Intarakul kepada pemberita.
Sekolah-sekolah di Thailand lazimnya mempunyai padang sukan dengan bumbung terbuka untuk melindungi kanak-kanak daripada matahari tropika yang terik semasa mereka bermain.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan dialami.
Mangsa yang cedera masih lagi dirawat di dua hospital dan tiada kecederaan serius dilaporkan.
Insiden itu berlaku ketika Thailand memasuki musim tengkujuh, dengan ramalan hujan lebat untuk sebahagian besar negara dijangka berlalu dalam beberapa hari akan datang.
Jabatan meteorologi mengeluarkan amaran untuk hujan lebat di bahagian utara Thailand pada minggu ini.
Negara jiran, Myanmar baru-baru ini dilanda Taufan Mocha, yang menjejaskan negeri Rakhine dan mengorbankan seramai 145 orang.
At least seven people were killed when a roof over a school gymnasium collapsed in a storm in Thailand’s Phichit province pic.twitter.com/wIIgdZOI8S
— Reuters (@Reuters) May 23, 2023
Sumber: Majoriti
Baca Juga: 4 [email protected], 9 Lagi Cedera Dalam Runtuhan Salji Di Perancis | Empat orang maut dan sembilan lagi cedera dalam runtuhan salji di barat daya Mont Blanc di Pergunungan Alps Perancis, kata Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.
Runtuhan glasier Armancette itu berlaku pada tengah hari semalam, ciapnya di Twitter.
Jurucakap pihak berkuasa tempatan Haute-Savoie berkata, mangsa yang terperangkap adalah mereka yang bermain ski di kawasan pergunungan pedalaman dan identiti masing-masing sedang dikenal pasti.
Menurutnya, runtuhan berkenaan agak besar meliputi kawasan seluas satu kilometer pada ketinggian 3,500 meter.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Glasier itu terletak berhampiran perkampungan dan resort ski Les Contamines-Montjoie.
Presiden Emmanuel Macron menulis di Twitter memaklumkan perkhidmatan menyelamat akan terus dilaksana dan beliau sentiasa bersama mangsa dan keluarga mereka.
Sumber: Harian Metro