Bunuh Isteri. Jiran Bongkar Rahsia Malam Kejadian.

| March 6, 2021 | 0 Comments

Bunuh Isteri. Jiran Bongkar Rahsia Malam Kejadian. | JOHOR BAHRU – Rahsia kes pembunuhan kejam ke atas wanita yang mati ditembak suaminya di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dekat sini terbongkar selepas jiran suspek menyalurkan maklumat kepada pasukan penyiasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad ketika dihubungi berkata, ekoran pendedahan lelaki berusia 32 tahun itu membawa penemuan mayat wanita berusia 38 tahun yang juga isteri kepada suspek.

“Pada waktu kejadian iaitu pada pukul 4.30 pagi, Isnin lalu suspek meminta tolong jirannya yang tinggal berdekatan rumah untuk mengangkat tong air berwarna biru ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

“Lelaki itu bantu sebab tak tahu ada apa dalam tong itu, jiran (suspek) minta tolong, dia pon tolong sahajalah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Md. Yusof berkata, pada mula polis menyiasat kes orang hilang yang dilaporkan suspek namun selepas jirannya menyedari dakwaan suspek itu, lelaki itu menyalurkan maklumat kepada polis.

Namun katanya, polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung pembabitan lelaki berkenaan dan kini jirannya ditahan bersama suspek untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian Isnin lalu, mayat seorang wanita yang bekerja sebagai kerani sumber manusia itu ditemui ditanam di dalam sebuah lubang berhampiran di ladang kelapa sawit di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Wanita itu dibunuh dengan kejam oleh suaminya dengan menembak menggunakan senapang angin pada jarak dekat rumah mereka di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, kira-kira pukul 2.30 pagi.

Kes kejadian itu masih lagi disiasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 serta Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *