Polis menerima laporan mengenai kerosakan sebuah restoran akibat dilempar objek seperti bom di Jalan Abdul Samad, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pemilik restoran berusia 35 tahun membuat laporan polis selepas mendengar bunyi letupan kuat yang menyebabkan empat cermin tingkap restoran pecah.

“Kejadian sekitar pukul 4.15 pagi itu tular di media sosial menerusi dua video berdurasi satu minit yang dimuat naik akaun Instagram act431_1415, memaparkan seorang suspek keluar dari sebuah kereta berwarna gelap dan melempar objek terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Punca kejadian sedang disiasat dan kes dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh hubungi talian hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-218 2323 atau pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-359 2900,” katanya.


Sumber: BeritaRTM 

 

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOELH DIBACA

(VIDEO) Isteri Ditendang & Dipukul Suami Di Kawasan Terbuka Flat

Rakaman tular memaparkan seorang wanita ditendang dan dipukul oleh lelaki dipercayai suaminya mengundang pelbagai reaksi warga maya baru-baru ini.

Manakan tidak, kejadian itu berlaku di kawasan terbuka dan menarik perhatian ramai.

Melalui maklumat yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @md.azwan01, kejadian itu berlaku pada Ahad di salah sebuah kawasan flat perumahan di Desa Tebrau, Johor Bahru, Johor.

Dalam video berdurasi 15 minit tersebut, kelihatan kedua-dua individu berkenaan bergaduh mulut sebelum lelaki itu bertindak menendang dan memukul isterinya.

Pada masa sama, wanita itu juga dilihat membaling sebuah objek ke arah lelaki tersebut.

Pergaduhan itu turut diperhatikan seorang lelaki dipercayai rakan kepada perakam video berkenaan yang melihat kejadian itu di luar tembok kawasan tersebut.

Namun begitu, tidak dinyatakan punca pergaduhan pasangan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyelar tindakan lelaki tersebut.

“Lelaki dayus, pukul wanita di khalayak ramai. Kalau berani masuk pertandingan boxing,” kata Amira^^.

“Lain macam gaduh couple (pasangan) ini. Bayangkan kalau family (keluarga) dia tengok, sedih weh tetapi sendiri pilih kehidupan seperti itu,” tulis hafis Zaidi91 pula.

Sementara itu, Hisham0807 berpendapat wanita berkenaan sepatutnya beredar daripada tempat berkenaan dan terus membuat laporan polis.

“Perempuan itu sepatutnya tinggalkan sahaja lelaki itu dan buat laporan polis. Keganasan rumah tangga.

“Bayangkan di tempat awam pun dia berani, apatah lagi di rumah. Banyak sudah kes macam ini terjadi. Cegah sebelum terlambat,” tulisnya.

@md.azwan01

support guys . #jbstyle #tiktokmalaysia #kampungstory #malaysiafamily #fyp

♬ original sound – Amin Azis – Amin Azis

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply