KUALA TERENGGANU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan merogol dan meliwat tiga anaknya dalam kejadian antara Oktober 2022 sehingga Mei tahun ini.

Tertuduh berusia 38 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan anaknya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus kira-kira jam 12 hingga 1 tengah hari pada Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas mangsa kira-kira jam 11 pagi di lokasi dan tarikh yang sama.

Untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa antara jam 10 hingga 11 pagi pada Disember 2022 di lokasi yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Tertuduh turut berdepan dakwaan merogol anaknya yang berusia 13 tahun antara jam 2 hingga 3 petang di lokasi sama antara Oktober hingga November tahun lalu.

Dia juga didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa antara jam 2 petang pada Mei tahun ini di lokasi yang sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh berdepan dua lagi pertuduhan liwat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan terhadap seorang lagi anaknya yang berusia sembilan tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 10 malam hingga 6 pagi pada Februari 2022 dan kira-kira jam 1 tengah hari pada Mac lalu di lokasi yang sama.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 12 Julai depan untuk tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, tertuduh berdepan pertuduhan memukul isteri berusia 30-an dengan kuali di Mahkamah Majistret, di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah mereka di Batu Rakit, Kuala Nerus gara-gara isterinya tidak memasak sarapan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Majistret Mazrinie Mahmud tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Julai depan bagi sebutan semula kes.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Remaja 14 Tahun Mengaku Bersalah Cuba Rog0l Adik Perempuan

SINGAPURA – Seorang remaja lelaki di Singapura mengaku bersalah atas tuduhan cuba memperkosa adik perempuannya yang berusia lapan tahun ketika dia berusia 14 tahun, lapor laman berita Mothership hari ini.

Remaja yang kini berusia 17 tahun itu didakwa atas dua pertuduhan iaitu percubaan merogol dan serangan seksual. Tertuduh juga merakam gambar lucah adiknya.

Remaja itu tinggal di sebuah rumah pangsa bersama ibu bapa, datuk, nenek, seorang abang dan adik perempuannya.

Pada Jun 2020, remaja itu tinggal bersendirian dengan adik perempuannya di dalam bilik tidur. Dia meminta mangsa menanggalkan pakaian dan cuba memperkosanya, namun gagal.

Tertuduh merakam gambar lucah mangsa sebelum keluar daripada bilik. Dia meminta mangsa melupakan perkara itu dan memadamkan gambar tersebut.

Dua bulan kemudian, pada Ogos 2020, tertuduh menghantar mesej teks kepada seorang rakan dan berkongsi rahsia mengenai perkara itu.

Remaja itu bertindak semula dua tahun kemudian antara Februari dan Julai 2022. Hanya adik perempuan dan abangnya yang berada di rumah ketika itu.

Tertuduh cuba menyerang mangsa secara seksual selepas memasuki biliknya ketika dia sedang tidur.

Apabila ibunya pulang ke rumah dan bertanya apa yang mereka buat, tertuduh berbohong dan berkata bahawa dia membantu mangsa memeriksa kemaluannya yang sakit.

Ibu mereka percaya alasan tersebut, namun meminta remaja lelaki itu tidak mengulangi perbuatannya.

Namun pada 2022, rakan tertuduh melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah. Bapanya kemudian membuat laporan polis pada 25 Ogos 2022.

Perbicaraan seterusnya untuk kes budak lelaki itu diadakan pada Jun ini.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply