Buruh Sanggup Bunuh Rakan Kerana Hutang Dihukum Ke Tali Gantung

| April 27, 2021 | 0 Comments

Buruh Sanggup Bunuh Rakan Kerana Hutang Dihukum Ke Tali Gantung |Seorang buruh berdepan dengan hukuman gantung selepas dirinya didapati bersalah kerana telah membunuh seorang rakannya dengan kejam hanya disebabkan masalah hutang.

Buruh Sanggup Bunuh Rakan Kerana Hutang Dihukum Ke Tali Gantung

Tawau: Seorang lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana membunuh rakannya dengan mengelar leher lelaki terbabit sehingga hampir putus, tiga tahun lalu.

Hakim Dr Lim Hock Leng membuat keputusan itu selepas tertuduh, Robin Radjani Saih, 49, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Dalam penghakimannya, Hock Leng berkata, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pembunuhan melangkaui keraguan munasabah dan oleh itu tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Sejurus mendengar hukuman itu, wajah suspek kelihatan tenang sambil berdiam diri namun sesekali suspek ada menundukkan wajahnya ke lantai.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam, Darmin Achok.

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengangkat baja didapati bersalah membunuh Fazrin Ibrahim, 30, di kawasan simpang masuk Taman Warisan 4, Lahad Datu, antara jam 1.20 hingga 1.40 petang pada 24 April 2018 yang didakwa berpunca daripada masalah hutang.

Sebanyak sembilan orang dipanggil sebagai saksi pendakwaan sepanjang kes perbicaraan berlangsung.

Pada 24 April 2018, media melaporkan seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila leher hampir putus akibat ditetak kenalannya menggunakan parang ‘barong’.

Serangan yang berlaku di dalam kereta itu menyebabkan mangsa yang beralamat Kampung Tabanak, Jalan Silam, Lahad Datu, mati di tempat kejadian. Turut cedera, adik ipar mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dengan beberapa jarinya putus akibat ditetak suspek terbabit.

Sumber: Berita Harian, Metro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *