Cabul Jururawat, Pengawal Keselamatan Dipenjara Tiga Tahun, Tiga Sebatan | Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara selama tiga tahun dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini, kerana telah mencabul kehormatan seorang jururawat.

Cabul Jururawat, Pengawal Keselamatan Dipenjara Tiga Tahun, Tiga Sebatan

Hakim Stephanie Dunstan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Amin Zahari, 29, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kuarters Kementerian Kesihatan (KKM) dekay Bukit Padang di sini, pada 5 Julai lalu.

Suspek didakwa mengikut Seksyen 54 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Berdasarkan pertuduhan, suspek telah mencabul seorang jururawat berusia 34 tahun itu dengan melakukan kekerasan termasuk menumbuk muka dan mencekik mangsa.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah untuk mendapatkan pertolongan jiran.

Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan seperti lebam serta bengkak sebelum ditempatkan di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Likas, untuk rawatan lanjut.

Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sebelum ini, media melaporkan tertuduh asalnya memecah masuk tempat kejadian dengan niat untuk mencuri, namun dia bertindak cuba merogol selepas melihat mangsa.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply