Cara “Import” Data Dari Internet Dan “Paste” Ke Microsoft Excel

| February 25, 2021 | 0 Comments

Cara “Import” Data Dari Internet Dan “Paste” Ke Microsoft Excel | Kemahiran dalam Microsoft Excel kini adalah slah satu keperluan bukan sahaja untuk pelajar, malahan golongan yang sudah bekerja. Di Microsoft Excel, anda dapat menyimpan data-data jika anda merupakan seorang usahawan.

Selain itu, pelbagai fungsi yang terdapat padanya. Antaranya adalah anda dapat memasukkan data yang diperoleh daripada internet. Akan tetapi terdapat pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh golongan yang kurang berpengetahuan.

Nak ambil data daripada internet tapi tak dapat nak copy paste. Ada cara lain ke kalau nak import juga data tu?

Jawapan : Sudah semestinya ada.

Mari ikuti perkongsian dari salah seorang pengguna Twitter di bawah ini.

1) Copy link laman sesawang data.

2) Klik ‘Data’ pada tab dibahagian atas > Klik ‘From Web’.

3) Masukkan link > Klik ‘OK’.

Jia akan keluar semua table yang terdapat dalam laman sesawang tersebut.

4) Pilih table data yang ingin dimasukkan.

Jika ingin memasukkan lebih daripada 1 table, klik ‘Select multiple items’ kemudian pilih table.

5) Klik ‘Load’.

Siap! Data tersebut boleh di design atau pun tidak mengikut kemahuan masing-masing.

Sumber : Nabihah Shaauzi

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA, TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *