Cara Letakkan ‘Password’ Pada Dokumen Di Microsoft Words | Setiap dokumen yang kita hasilkan pasti mempunyai perkara yang penting di dalamnya seperti assignment, proposal dan lain-lain. Jika dokumen tersebut diubah oleh orang lain, mesti kita runsing kan?

Kini anda tidak perlu risau lagi kerana ada cara untuk letakkan kata laluan pada dokumen tersebut. Selepas ini, tiada lagi yang boleh ubah dokumen anda. Mari kuti perkongsian dari Nabihah Shaauzi tentang letakkan kata kunci pada dokumen.

Klik ‘File’ pada tab atas kiri > Klik ‘Info’

Kemudian klik ‘Protect Document’ > klik ‘Encyript with Password’

Masukkan kata kunci yang ingin diletakkan pada dokumen > Masukkan kata kunci yang sama untuk ‘confirmation’. Dokumen anda telah siap dikunci.
Ini akan muncul setiap kali dokumen dibuka. Jika anda kongsikan dokumen pada orang tertentu, mereka juga perlu memasukkan kata kunci sebelum dapat akses kepada dokumen tersebut.
Jadi, dokumen tersebut selamat daripada pihak yang tidak diingini.
Jika kata kunci tersebut hendak dibuang, lakukan perkara yang sama dan kosongkan pada bahagian ‘Password’.

Share.

Leave A Reply