CEMAS !! Pesawat Latihan Tersasar Ketika Mendarat, Ini Sebabnya.. | Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat latihan tersasar keluar dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chester Voo berkata, insiden yang dilaporkan berlaku pukul 11.01 pagi itu membabitkan pesawat jenis Diamond DA-42D, 9M-HMY yang dikendalikan oleh HM Aerospace Sdn. Bhd. (HMA).

Beliau berkata, pesawat berkenaan dikatakan telah hilang kawalan ketika pendaratan dan tersasar keluar dari landasan.

“Bagaimanapun, kedua-dua juruterbang tidak mengalami sebarang kecederaan dan sedang menunggu pemeriksaan perubatan.

“Pesawat telah dialihkan pada pukul 12.05 tengah hari tadi dan landasan dibuka semula pada pukul 12.20 tengah hari selepas pemeriksaaan penuh landasan dilakukan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Chester berkata, sebagai salah satu usaha CAAM ke arah mempromosikan keselamatan penerbangan, kesemua Pengurus dan Ketua Pegawai Eksekutif daripada organisasi-organisasi latihan penerbangan akan dipanggil untuk taklimat keselamatan.

Menurutnya, kesemua aspek keselamatan pesawat dalam ekosistem organisasi latihan penerbangan akan dikaji semula untuk penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap piawaian keselamatan semua pihak dalam industri penerbangan,” katanya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply