Cemburu Bekas Isteri Mahu Kahwin Lain, Lelaki Bakar Rumah | KAHERAH – Seorang lelaki di Mesir yang cemburu dan mahu membalas dendam kerana bekas isterinya mahu berkahwin dengan lelaki lain, bertindak membakar kediaman wanita itu sehari sebelum majlis perkahwinan mangsa, lapor akhbar Gulf News semalam.

Suspek yang berjaya ditahan polis mengaku melakukan perbuatan tersebut. Katanya, selain cemburu, dia bertindak demikian untuk membalas dendam kerana mangsa meninggalkannya lima tahun lalu.

Bekas isteri suspek yang juga merupakan sepupunya, meminta cerai melalui anak perempuan mereka selepas berlaku pertikaian dalam kedua-dua keluarga lima tahun lalu.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, pertengkaran sekali lagi berlaku dalam kalangan ahli keluarga suspek dan bekas isterinya di kampung Abu Tesht, utara negeri Qena, menyebabkan empat orang cedera.

Suspek kemudian pergi ke apartmen baharu bekas isterinya itu dan membakar kediaman tersebut.

Namun, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan suspek kemudiannya ditahan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply