Cetus Kluster Sivagangga, Pemilik Kedai Nasi Kandar Napoh Didenda, Penjara

| August 12, 2020 | 0 Comments

Cetus Kluster Sivagangga, Pemilik Kedai Nasi Kandar Napoh Didenda, Penjara | Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Mahkamah Majistret Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Pemilik kedai itu terbabit dengan kluster Sivagangga.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif Covid-19 bagi kluster Sivagangga kekal 45 kes.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *