Cikgu Ganas Kena Gantung Sekolah | Seorang guru Bahasa Inggeris di Humble High School disiasat selepas rakamannya memukul dengan ganas seorang pelajarnya yang menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di unit kecemasan hospital.

TANGKAP layar kejadian guru memukul pelajarnya. FOTO Agensi

Guru yang mengajar di sekolah terletak di luar Houston itu sudah pun diberikan cuti dan bapa pelajar itu, Elvert Bolden menuntut guru itu dihalang daripada mengajar lagi.

Daily Mail melaporkan Bolden berkata, pergaduhan ‘menjengkelkan’ itu bermula kerana guru itu menganggap anaknya terlalu ‘lantang’.

Bolden berkata anaknya mengalami kecederaan, lebam dan memerlukan tongkat untuk berjalan selepas kejadian itu.

Klip video menunjukkan guru berbaju ungu berkenaan dan pelajar itu yang berpakaian hitam dalam pergelutan dengan aksi termasuk meja dan kerusi ‘terbang’.

Guru itu kemudiannya memegang dan menolak pelajar dinding dengan tangan di kedua-dua belah leher mangsa, manakala sekumpulan pelajar lain kelihatan cuba meleraikan.

Pada satu ketika pelajar itu mengangkat tangannya ke udara seolah-olah menunjukkan dia tidak melawan, tetapi gurunya terus menolaknya ke dinding, menghempas pelajar itu ke lantai dan memanjat ke atasnya sebelum mereka akhirnya terpisah.

Dalam satu kenyataan, pihak sekolah menerusi Humble Independent School District menggelar kejadian itu sebagai ‘tidak boleh diterima’.

Pihak sekolah berkata bahawa ia tidak sepatutnya berlaku. Ia tidak boleh diterima. Guru itu sudah diberi cuti. Siasatan sedang dijalankan, dan tidak mungkin dia akan kembali (mengajar) apabila siasatan selesai.

Katanya dalam kenyataan bahawa guru itu menggunakan kekuatan fizikal supaya seorang pelajarnya duduk dan mendengar. Tingkah laku guru ini tidak boleh diterima dan bertentangan dengan piawaian dan jangkaan untuk semua pekerja.

Pihak sekolah menambah bahawa polis daerah sedang menyiasat kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

KEJAM! Guru Pukul Pelajar Hingga Mati, Puncanya TAK MASUK AKAL

Polis India sedang mencari seorang guru yang didakwa telah memukul salah seorang pelajarnya sehingga mati hanya kerana mangsa tersilap mengeja, lapor Pledge Times.

KEJAM! Guru Pukul Pelajar Hingga Mati, Puncanya TAK MASUK AKAL

Pihak berkuasa melaporkan pada Selasa, protes telah tercetus berikutan kejadian kematian kanak-kanak itu.

Pihak berkuasa pada Selasa melaporkan bahawa kematian pelajar tersebut telah mencetuskan rusuhan setelah berita mengenai perkara itu tersebar.

Pelajar itu dilaporkan telah dipukul dengan kayu dan ditendang sehingga pengsan oleh guru sekolah menengahnya kerana salah mengeja perkataan pada ujian awal bulan ini, menurut aduan yang difailkan oleh bapanya.

Berdasarkan laporan Times of India, kejadian itu berlaku pada 13 September lalu, di mana guru itu telah merancang untuk menjalankan peperiksaan sains sosial.

“Anak saya telah membuat ulang kaji yang banyak bagi menghadapi peperiksaan itu. Dia pandai membaca dan menulis,” kata bapanya kepada media.

Ayahnya berkata, anaknya itu membuat kesilapan dengan menulis ‘samajak’ dan bukannya ‘samajik’ yang membawa maksud sosial dalam bahasa Sepanyol.

“Ini menyebabkan guru itu marah dan menarik rambut anak saya sebelum mula memukulnya tanpa belas kasihan sehingga dia pengsan lalu jatuh ke lantai di sekolah itu,” katanya lagi kepada media.

Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin di sebuah hospital di negeri utara Uttar Pradesh akibat kecederaannya.

Menurut bapa pelajar itu, mangsa mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan dan sukar bernafas ketika dirawat di pusat perubatan.

Guru itu dilaporkan melarikan diri selepas kematian pelajar 15 tahun itu diumumkan. Keluarga mangsa turut memberitahu bahawa mereka diugut berulang kali oleh guru berkenaan.

“Apabila kami mendapat tahu tentang dia dipukul, kami datang ke sekolah kemudian kami diugut oleh guru berkenaan. Guru itu juga berkelakuan buruk dan menghina kami dengan perkataan berkaitan kasta,” katanya.

Mangsa dilaporkan daripada komuniti Dalit, yang berada di tangga terbawah dalam sistem kasta di India dan telah menjadi subjek kepada diskriminasi selama berabad-abad.

Oleh sebab itu, penunjuk perasaan menegaskan bahawa serangan tersebut merupakan jenayah kasta dan ia tidak didorong oleh kesalahan ejaan semata.

Beratus-ratus orang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan berkaitan kematian pelajar itu selepas berita kematiannya tersebar di daerah Auraiya, kawasan tempat kejadian itu berlaku.

Orang ramai menuntut guru itu ditangkap dan kenderaan polis telah dibakar oleh peserta tunjuk perasaan itu. Sedozen penunjuk perasaan telah ditahan, kata polis.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply