Congo: 10 [email protected], 39 Cedera Dalam Serangan Bom Di Gereja | Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 39 lagi cedera dalam serangan bom di sebuah gereja di timur Republik Demokratik Congo.

Jurucakap tentera, Antony Mualushayi menyifatkan insiden letupan bom itu sebagai `perbuatan pengganas’.

Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah gereja Pentakosta di Kasindi, wilayah Kivu Utara.

Kasindi merupakan sebuah bandar terletak di sempadan Uganda.

“Bilangan individu terkorban dan cedera yang dilaporkan ketika ini adalah sementara,” katanya sambil menyemak semula  kematian awal lima kes.

Tambah beliau, seorang suspek warga Kenya ditahan selepas serangan itu.

Dalam pada itu, jurucakap operasi ketenteraan Uganda di Congo, Bilal Katamba pula berkata, seramai 16 orang terbunuh dan 20 cedera dalam insiden letupan itu.

Beliau berkata penyerang menggunakan bahan letupan IED untuk melakukan serangan itu.

Beliau juga berkata bahawa mereka mengesyaki kumpulan Pasukan Bersekutu Demokratik (ADF) berada di sebalik serangan itu.

Kementerian Komunikasi Republik Demokratik Congo dalam media sosial turut mendakwa serangan itu dilakukan oleh kumpulan ADF.

Sementara itu, kumpulan ADF mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Berdasarkan kumpulan risikan Site, hampir 20 orang telah terbunuh dalam insiden itu.

ADF didakwa membunuh ribuan orang awam di Congo dan melakukan serangan bom di Uganda.

Sejak tahun 2021, operasi ketenteraan bersama Congo-Uganda menyasarkan ADF di Kivu Utara dan wilayah Ituri.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

Ini Angka Korban Dalam Tragedi Letupan Bom Istanbul

Ini Angka Korban Dalam Tragedi Letupan Bom Istanbul | Letupan kuat menggegarkan lokasi beli-belah popular di kota Istanbul semalam, membunuh enam orang serta mencederakan berpuluh-puluh mangsa lain  dalam kejadian yang disifatkan  Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan  sebagai serangan pengganas.

Polis mengepung kawasan sekitar Istiklal yang dipenuhi orang ramai petang semalam (waktu tempatan). Beberapa buah helikopter berlegar-legar di seluruh pusat bandar Istanbul, manakala siren amaran dibunyikan.

Seorang saksi yang bernama Cemal Denizci, berumur 57 tahun menyatakan bahawa Cemal berada antara  50 hingga 55 meter (dari lokasi letupan) dan kemudian terdengar bunyi letupan kuat. Cemal dapat melihat tiga atau empat orang terbaring di atas tanah.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menyelar kejadian tersebut dan menggelarnya sebagai ‘serangan keji’.

Dalam satu sidang akhbar, beliau menyatakan bahawa, beliau mungkin salah jika mengatakan ini semestinya serangan pengganas namun, berdasarkan petanda-petanda awal, terdapat unsur  keganasan.

Sementara itu, Fuat Oktay, Naib Presiden Turkiye berkata bahawa seorang wanita dilihat duduk di atas sebuah bangku selama lebih 40 minit sebelum dia bangun.

Satu atau dua minit kemudian, letupan berlaku.

Oktay juga berujar bahawa terdapat dua kebarangkalian. Sama ada bahan letupan diletakkan di dalam beg dan ia meletup, atau seseorang meletupkannya dari jauh. Semua data mengenai wanita berkenaan  sedang disiasat.

Sumber: Kosmo

 

Afganistan: Tujuh Individu Terlibat Dalam Letupan Periuk Api

Satu letupan di ibu negara Afghanistan hari ini, sebuah bas yang membawa kakitangan pentadbiran Taliban menyebabkan tujuh individu cedera.

Afganistan: Tujuh Individu Terlibat Dalam Letupan Periuk Api

Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran, berkata letupan itu berpunca daripada periuk api yang dipasang di bahu jalan, namun setakat ini belum dapat dipastikan pihak yang menjadi dalang letupan berkenaan.

Beliau berkata, akibat letupan yang mengenai sebuah bas mini daripada Kementerian Rehabilitasi dan Pembangunan Luar Bandar, tujuh individu cedera.

Sejak beberapa bulan lalu, beberapa insiden serangan berlaku di kawasan bandar.

Bulan lalu, satu serangan oleh individu bersenjata menyasarkan sebuah kenderaan di barat Afghanistan, yang didakwa didalangi DAESH.

Serangan itu meragut nyawa lima anggota perubatan yang bertugas dengan pasukan keselamatan Taliban.

Meskipun pertempuran berskala besar sudah berakhir sejak tentera asing menarik diri dari negara itu setahun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan situasi keselamatan di Afghanistan kini semakin buruk.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply