Converse Berusia 104 Tahun Bernilai RM40,800 | Seorang pengumpul kasut vintaj tidak menyangka sepasang kasut converse yang berada dalam koleksinya kini sudah ada pembeli yang sanggup membelinya dengan harga RM40,800.

Converse Berusia 104 Tahun bernilai RM40,800

Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, telah memuat naik status di Facebook miliknya dengan mengatakan ingin menjual kasut dengan nama Converse Non Skid berusia 104 tahun itu kerana terkesan dengan pandemik Covid-19. Status yang dimuat naik olehnya menjadi tular dan mendapat 8,500 tanda suka dan dikongsi lebih 6,400.

Dia tidak menyangka bahawa status yang dimuat naik itu menjadi tular dalam tempoh kurang dari 24 jam. Ternyata ramai yangh berminat dan bertanyakan mengenai kasut itu. Terdapat seorang lelaki dari Pahang bersetuju untuk membeli kasut itu dengan harga yang ditawarkan. Mereka juga telah membuat akad jual beli semalam.

Tambahnya lagi, dia amat sayangkan koleksi ini kerana membelinya dengan harga puluhan ribu ringgit pada 2018. Namun kerana desakan ekonomi, dia terpaksa menjual koleksinya itu. Dia bersetuju menjualnya kerana pembeli juga orang negara ini dan tahu amat sukar untuk mendapatkan koleksi seperti itu selepas ini.

Wan Irfayuim Azim yang juga peniaga kenderaan saji (food truck) berkata, kasut yang dihasilkan pada 1917 itu didatangkan bersama dengan sepasang seluar pendek keluaran 1916 serta pelindung lutut pemain bola keranjang selepas dibelinya daripada pasangan suami isteri Amerika Syarikat (AS).

Dia bekerja sebagai ejen pelancongan di Jepun dan suka menulis berkenaan sejarah kasut vintaj di laman Facebook serta blog. Pasangan itu kemudiannya berhubung dengan beliau selepas mereka membaca perkongsian yang dibuat. Dia tidak sangka kasut yang sebelumnya hanya dapat tengok dari gambar menjadi miliknya walaupun hanya untuk tempoh tiga tahun sahaja.

Kerana pandemik covid-19 dia terpaksa menjualnya walaupun berat hati. Dia sudah menjual lebih 60 koleksi kasut vintaj yang lain dengan harga antara ratusan ringgit dan ada yang mencecah belasan ribu ringgit. Dia berharap pembeli baharu itu dapat menjaga kasut itu dengan baik kerana ia mempunyai nilai yang tinggi.

Dia pulang ke Malaysia dan kini menetap di Kampung Chempaka di sini, sejak Mac tahun lalu ekoran perniagaan industri pelancongan terjejas.

Dia juga akan menghadiahkan tiga lagi pasang kasut Converse keluaran 1950 hingga 1970 kepada pembeli itu.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply