Covid-19. 5 Kluster Dikesan Punca Rentas Negeri.

| January 6, 2021 | 0 Comments

Covid-19. 5 Kluster Dikesan Punca Rentas Negeri. | Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima kluster yang berpunca daripada aktiviti merentas negeri sehingga kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripadanya dikesan di Pahang manakala Kelantan dan Perak masing-masing menyebabkan wujudnya satu kluster.

“Data diterima setiap hari dan melihat situasi semasa serta unjuran, sudah ada lima kluster dikesan akibat pergerakan merentas negeri sehingga 4 Januari lalu.

” Ia membabitkan kluster Intan, kluster Semambu dan kluster Tembok Mempaga di Pahang, kluster Seragam Chepa di Kelantan dan kluster Ehsan Ehsan Ibol di Perak.

” Ini berlaku akibat aktiviti sosial, apabila ada berlaku perhimpunan, berlaku jangkitan

” Jika tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP), berlakulah kluster,” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di Putrajaya, di sini, hari ini.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham menjangkakan akan ada lagi kluster akibat pergerakan merentas negeri dalam waktu terdekat.

Dr Noor Hisham berkata, usaha dilakukan ketika KKM ini adalah melindungi negeri diisytiharkan zon hijau dan kuning.

Manakala, tindakan secara bersasar akan dilakukan membabitkan kawasan di zon merah.

“Kini, kawalan di laluan tikus dipertingkatkan dan mereka yang datang ke Sarawak misalnya akan diuji dan diminta menjalani kuarantin.

“Kebimbangan kita adalah sekiranya berlaku kes jangkitan di pedalaman kerana sukar mengasingkan dan merawat di situ.

“Difahamkan, mereka yang datang ke Terengganu boleh ke klinik untuk menjalani ujian Covid-19 secara percuma dan daripada 4,000 ujian dijalankan, 27 kes positif dikesan .Ia adalah tindakan sukarela.

“KKM akan melihat negeri hijau dan kuning selain mencari jalan bagaimana melindungi serta mengawal kes daripada meningkat,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *