Covid-19 : 9 Negeri Catat Peningkatan Kes.

| April 20, 2020 | 0 Comments

Covid-19 : 9 Negeri Catat Peningkatan Kes. |Sembilan negeri menunjukkan pertambahan kes baharu positif Covid-19 dengan kawasan zon merah masih kekal 30 kawasan setakat 12 tengah hari semalam.

Menerusi infografik dikongsi oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menunjukkan Selangor mempunyai 1,345 kes berbanding 1,343 kes pada hari sebelumnya.

Kuala Lumpur merekodkan peningkatan empat kes dengan jumlah terkini 1,008 kes, Putrajaya meningkat 13 kes (77), Sarawak meningkat enam kes (414), Negeri Sembilan meningkat tiga kes (408), manakala masing-masing meningkat dua kes di Melaka (187), Johor (644), Pahang (271) dan Sabah (308).

Sementara itu, kesemua lima daerah di Kuala Lumpur masih berada dalam zon merah dengan Lembah Pantai kekal sebagai daerah tertinggi jangkitan Covid-19 dengan mencatatkan 629 kes, Kepong (159), Titiwangsa (134), Cheras (86) dan Putrajaya (77).

Selangor pula mempunyai enam daerah zon merah iaitu Petaling (374), Hulu Langat (446), Gombak (144), Klang (173), Sepang (71) dan Hulu Selangor (50).

Selain itu, kawasan zon merah di Rembau menunjukkan tiada lagi kes aktif iaitu pesakit yang sedang dirawat di hospital.

Keseluruhannya terdapat 5,425 kes berbanding 5,389 kes sehari sebelumnya.

Sumber : Mymetro

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *