Covid-19. Hanya 2 Kes Positif Direkodkan Hari Ini.

| June 10, 2020 | 0 Comments

Covid-19. Hanya 2 Kes Positif Direkodkan Hari Ini. | Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara merekodkan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dengan hanya dua kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,329 kes.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada dua kes baharu yang dilaporkan itu, ada satu kes import dan satu lagi kes penularan tempatan membabitkan bukan warga Malaysia.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara juga meningkat kepada 7,014 kes, iaitu 84.1 peratus daripada keseluruhan kes, hari ini.

Menurutnya, ia susulan pertambahan 29 lagi kes pulih dan dibenarkan discaj daripada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

“Keseluruhannya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,206 kes.

“Seramai lima pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia bertambah sebanyak 118 kes, 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *