Covid-19. Hari Ini Buat Pertama Kali Tiada Kes Libatkan Warganegara Malaysia.

| June 9, 2020 | 0 Comments

Covid-19. Hari Ini Buat Pertama Kali Tiada Kes Libatkan Warganegara Malaysia. |Tiada penularan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia setakat 12 tengah hari, hari ini.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak tujuh kes COVID-19 baru dicatatkan hari ini melibatkan warga asing.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 6 daripada pesakit baru merupakan kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala satu kes baru merupakan warga asing yang disahkan positif dalam saringan memulakan pekerjaan di Malaysia.

“Seperti dimaklumkan, tiada kes penularan dalam negara dalam kalangan warga negara dicatatkan hari ini. Ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan negara setelah pelbagai usaha dilaksanakan bersama oleh semua pihak menggunakan pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat.

“KKM telah menggunakan maklumat terbaru daripada jumlah kes-kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warga negara dan membandingkannya dengan graf pemodelan COVID-19 seperti yang telah diramal oleh Institut Kesihatan Negara, KKM

“Didapati ia sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan tersebut iaitu di kawasan biru. Ini menggambarkan impak positif tindakan kerajaan serta pematuhan rakyat Malaysia terhadap SOP dan saranan kerajaan.

“KKM ingin mengucapkan tahniah terhadap rakyat Malaysia atas kerjasama terhadap kerajaan dalam usaha membendung COVID-19

“Namun, masyarakat perlu kekal berwaspada dan patuh SOP serta saranan ditetapkan bagi memastikan tiada jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat setempat atau terjadinya gelombang ketiga,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 1,244 kes aktif dicatatkan dengan enam kes kritikal dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasann.

Tiada kematian dicatatkan hari ini.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *