Covid-19. Ini Keputusan Pada Gaji Jemaah Menteri Buat Ramai Setuju. | Ekoran kesan penularan wabak covid-19, Ini keputusan pada gaji jemaah menteri yang ramai setuju. Baca Seterusnya..

Potong 2 Bulan Ke Tabung Covid-19

GAJI Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong selama dua bulan yang kemudiannya akan disalurkan ke Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dari satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

“Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu,” katanya hari ini.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply