Covid-19. Ini Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi NGO Untuk Beri Sumbangan.

| April 1, 2020 | 0 Comments

Covid-19. Ini Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi NGO Untuk Beri Sumbangan. | Badan bukan kerajaan (NGO) hanya dibenar serah barangan kering dan yang sudah dimasak. Itu adalah satu daripada tujuh syarat yang ditetapkan kepada NGO jika mahu bergiat menyalurkan bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun turut meletakkan syarat bahawa, hanya dua anggota NGO dibenarkan melakukan serahan dan ia wajib disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela.

Selain itu, NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan dan perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan.

Anggota NGO terlibat juga perlu diperiksa suhu badan sementara anggota yang bergejala tidak dibenarkan terlibat.

NGO yang berminat boleh menghubungi talian bilik gerakan pejabat kebajikan masyarakat negeri yang beroperasi 24 jam.

Jelas Rina, garis panduan ini dibuat bagi melancarkan proses pengurusan sumbangan dan membolehkan NGO terlibat dalam aktiviti penyaluran kepada kumpulan sasar.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *