Covid-19. Kes Kematian ke-128 Direkodkan Seorang Wanita Kluster Tawar.

| September 1, 2020 | 0 Comments

Covid-19. 1 Kes Kematian ke-128 Direkodkan Seorang Wanita Kluster Tawar. | Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 14 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan

Jumlah tersebut menjadikan angka keseluruhan jangkitan COVID-19 terkini meningkat ke 9,354 kes.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 14 kes tersebut, lima (5) kes adalah kes import iaitu dari Ukrain (1), Pakistan (1), Indonesia (1) dan Filipina (2).

Manakala sembilan (9) kes lagi yang melibatkan penularan tempatan, lima (5) daripadanya adalah warganegara dan empat (4) lagi bukan warganegara.

Sementara itu, 21 kes sembuh baharu dilaporkan, menjadikan angka kumulatif sembuh terkini adalah 9,075 kes, bersamaan 97 peratus.

Dalam pada itu, dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kematian terkini sebanyak 128 kes.

“Kes kematian ke 128 iaitu kes ke 9,174 merupakan seorang wanita warganegara berusia 80 tahun dan yang mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi.

“Beliau adalah salah seorang daripada kes positif yang dilaporkan pada 15 Ogos 2020 dalam Kluster Tawar.

“Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Sehubungan itu, pada 14 Ogos berikutnya kes dipindahkan ke Hospital Pulau Pinanag setelah didapati positif.

“Kesihatan beliau merosot dengan komplikasi barah paru-paru, justeru memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos.

“(Bagaimanapun) beliau disahkan meninggal dunia pada 1 September jam 10.30 pagi,” katanya lagi.

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *