Covid-19. Kini Kuantan Pula Diisytihar Zon Merah

| April 9, 2020 | 0 Comments

Covid-19. Kini Kuantan Pula Diisytihar Zon Merah | Ekoran beberapa tempat sudah diisytihar sebagai zon merah, kini daerah Kuantan, Pahang pula diisytihar sebagai zon merah. Baca selanjutnya..

Kuantan, Pahang merupakan daerah terbaru yang diisytiharkan sebagai zon merah.  Ini menjadikan jumlah zon merah sebanyak 24 setakat tengah hari Rabu (8 April), menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melalui  infografik yang dikongsi melalui platform media sosial rasmi KKM pada Khamis (9 April), daerah itu sebelum ini telah mencatatkan 43 kes positif Covid-19.

Antara kawasan lain yang disenaraikan sebagai zon merah adalah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa di Kuala Lumpur; Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor); Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor), Seremban dan Rembau (Negeri Sembilan), Putrajaya; Hilir Perak dan Kinta (Perak); Jasin (Melaka); Kota Bharu (Kelantan); Jerantut (Pahang); Tawau (Sabah); serta Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak).

Kes negara Covid-19 dipecah kepada empat kategori: Hijau (tiada kes); Kuning (1-19 kes), Orange (20 hingga 40 kes) dan Merah (41 kes dan ke atas).

Sementara itu, daerah Lembah Pantai masih mempunyai kes positif tertinggi dengan 417 manakala Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan 361 dan 318 kes.

Selangor masih mencatatkan bilangan positif positif Covid-19 dengan 1,078 kes, manakala Perlis kekal paling rendah dengan 17 kes.

Sumber :– Bernama Via Siakapkeli

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *