Covid 19 – KKM Kongsi 4 Pengurusan Kontak Rapat Di Rumah

| January 20, 2021 | 0 Comments

Covid 19 – KKM Kongsi 4 Pengurusan Kontak Rapat Di Rumah | Saban hari jumlah kes baru meningkat sehingga seribu lebih. Rakyat Malaysa juga telah dimaklumkan bahawa peningkatan kes Covid 19 ini boleh mencecah sehingga lapan ribu pada Mac ini.

Covid 19 - KKM Kongsi 4 Pengurusan Kontak Rapat Di Rumah

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sering menasihatkan rakyat Malaysia agar melakukan langkah pencegahan wabak ini seperti memakai pelitup muka, gunakan cecair pembasmi kuman serta elakkan pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai.

Sungguhpun langkah pencegahan telah dilakukan sehabis baik. Akan tetapi virus ini juga sukar diramal kepada siapa dan bila akan dijangkiti kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Individu yang pernah berkontak rapat dengan individu yang telah positif juga dikatakan mempunyai peratus yang tinggi untuk dijangkiti. Oleh itu, KKM telah berkongsi beberapa pengurusan di rumah kepada individu yang berkontak rapat.

  1. Kontak rapat perlu dikuarantin selama 10 hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif.
  2. Kontak rapat hendaklah melakukan pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh tersebut.
  3. Kontak rapat akan dihubungi untuk tujuan penilaian kesihatan dan pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (mengikut PKD masing-masing)
  4. Kontak rapat yang bergejala akan diberi keutamaan untuk ujian pengesanan Covid 19.

Covid 19 - KKM Kongsi 4 Pengurusan Kontak Rapat Di Rumah

Sumber : Twitter KKM

Tags: , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA, TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *