Covid-19 Makin Meningkat. Malaysia Mohon Pakar Perubatan China, Ini Puncanya

| March 24, 2020 | 0 Comments

Covid-19 Makin Meningkat. Malaysia Mohon Pakar Perubatan China, Ini Puncanya |Ekoran penyebaran wabak covid-19 di Malaysia semakin meningkat, Ini permintaan Malaysia kepada China yang ramai setuju. Baca selanjutnya..

Bantu Petugas Barisan Depan

Kerajaan sedang berunding dengan kerajaan China untuk memohon negara berkenaan menghantar pakar perubatan mereka ke negara ini bagi membantu petugas barisan depan negara memerangi COVID-19 habis-habisan.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ini antara peranan dimainkan Wisma Putra dalam menggunakan hubungan baik negara dengan kerajaan-kerajaan di luar negara bagi mendapatkan bantuan dalam memerangi wabak berkenaan.

“Susulan perbincangan ini, saya difahamkan pakar perubatan dari 26 buah hospital di Malaysia akan mengadakan persidangan menerusi video dengan pakar-pakar perubatan yang berada di China pada Khamis ini (26 Mac 2020) bagi berkongsi kaedah serta strategi terbaik dalam melawan COVID-19,” katanya pada sidang media yang diadakan secara langsung melalui akaun Facebooknya, hari ini.

Sumber :- BERNAMA

Tags: , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *