Covid-19, Mangsa Ke-66 Bekas Pengurus Tabung Haji Cawangan Selamat Dikebumikan. Takziah

| April 9, 2020 | 0 Comments

Covid-19, Mangsa Ke-66 Bekas Pengurus Tabung Haji Cawangan Selamat Dikebumikan. Takziah | Mangsa ke-66 yang meninggal dunia akibat Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kesang Luar, Jasin, 12 tengah hari, hari ini.

Jenazah dikebumikan sepasukan anggota Kementerian Kesihatan sambil dibantu beberapa ahli keluarga, pegawai syarak serta penggali kubur yang lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Lelaki berusia 59 tahun itu meninggal dunia di Hospital Melaka pada 5 pagi hari ini.

Bekas Pengurus Tabung Haji Cawangan Merlimau itu mempunyai sejarah penyakit kronik serta pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

Allahyarham mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 31 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini melaporkan, lelaki itu adalah kes ke-2,798 positif Covid-19 di negara ini.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *