Covid-19. Ronaldo Beli ‘Sesuatu’ Bernilai RM45 Juta Buat Ramai Tercengang

| March 30, 2020 | 0 Comments

Covid-19. Ronaldo Beli ‘Sesuatu’ Bernilai RM45 Juta Buat Ramai Tercengang | Ketika dunia sedang menghadapi wabak Covid-19, bintang bola sepak Juventus, Ronaldo beli ‘sesuatu’ bernilai RM45 juta pasti membuatkan ramai tercengang. Baca selanjutnya..

Beli Kereta Edisi Khas Bugatti Centodieci

CRISTIANO Ronaldo tidak akan membiarkan pandemik Covid-19 melunturkan hobi mewahnya membeli kereta berjenama.

Bintang Juventus itu dilaporkan berbelanja sebanyak £8.5 juta (RM45 juta) untuk membeli sebuah kereta edisi khas Bugatti Centodieci yang hanya 10 pengeluaran sahaja di dunia.

Ronaldo, 35, ketika ini melalui perintah berkurung di Madeira dan dipercayai menempah kereta mewah itu dari tempat asalnya itu sekali gus menjadikan nilai keseluruhan koleksi kereta miliknya sekitar £16 juta (RM85 juta).

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu sudah memiliki Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse yang menjadi sebahagian daripada koleksi kereta mewahnya.

Model terbaharu kali ini dipercayai sebagai tanda memperingati model legenda, Bugatti EB110.

Bugatti Centodieci mempunyai keupayaan 0-100 kilometer sejam (kmh) hanya dalam tempoh 2.4 saat dan mampu mencecah kelajuan maksimum 380kmh.

Bintang Portugal itu sebelum ini mengakui mempunyai kereta berjenama mewah seperti Ferrari, Lamborghini and Roll Royces.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *