Covid-19. Satu Kluster Baru Di Kedah.

| September 7, 2020 | 0 Comments

Covid-19. Satu Kluster Baru Di Kedah. | Satu lagi kluster baru dikenalpasti sebagai Kluster Sungai hari ini dikesan di negeri Kedah.

Dalam kemaskini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi, seramai 2 individu telah disahkan positif dalam kluster ini.

“KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenal pasti di sebuah pusat perubatan di Kedah. Kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut.

“Beliau bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Tambahnya, kes kedua kluster berkenaan (Kes ke-9456) merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks dan menunjukkan gejala sejak 5 September 2020.

Pesakit telah mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama di mana ujian saringan COVID-19 pada 5 September 2020 didapati positif.

“Kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan. Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan,” katanya.

Seramai 57 orang telah disaring dalam kluster ini setakat ini di mana dua orang disahkan positif dan 55 lagi masih menunggu keputusan.

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *