Cuba Bunuh Bayi Usia 7 Bulan, Pengasuh Ini Mengaku Tidak bersalah | Seorang pengasuh telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didakwa cuba melakukan pembunuhan terhadap seorang bayi berusia tujuh bulan di rumahnya, baru-baru ini.

Cuba Bunuh Bayi Usia 7 Bulan, Pengasuh Ini Mengaku Tidak bersalah

Tertuduh dikenali sebagai Nursahidah Amran, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan  Hakim Norita Mohd Ardani.

Menurut pertuduhan tersebut, dia telah didakwa tekah bertindak kejam dengan menghentak dan menyebabkan kecederaan di kepala bayi tujuh bulan itu sehingga boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan kejam tersebut telah dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan 2, Ipoh antara pukul 7 pagi hingga 2.45 petang.

Dia kini didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dilaporkan menghadapi tuduhan pilihan menganiaya bayi berkenaan sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi tuduhan pilihan, dia didakwa di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak Kanak 2001 yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana keadaan mangsa serius di samping mereka tinggal berhampiran dalam satu taman perumahan.

Susulan itu, pihak peguambela meminta tertuduh ditawarkan jaminan kerana kes itu boleh dijamin, tertuduh seorang wanita dan keadaan darurat kesihatan di penjara tahanan yang memungkinkan tertuduh terdedah kepada COVID-19.

Mahkamah kemudiannya membenarkan  tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, di samping dilarang menggangu saksi.

Mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 November depan.

Pendakwaan tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman dan Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh diwakili oleh peguam Muhamad Syahrul Nizam Mohd Rabi dan Mohamad Salihen Astor.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply