Cuba Elak Haiwan Melintas Dipercayai Punca Tiga Maut | Kejadian kemalangan yang melibatkan haiwan yang melintas bukanlah perkara yang baru malah sudah beberapa kes kemalangan yang berpunca akibat pemandu cuba untuk mengelak haiwan yang melintas. Sama seperti kejadian ini apabila kereta dinaiki dua beranak cuba untuk mengelak haiwan yang melintas sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Cuba Elak Haiwan Melintas Dipercayai Punca Tiga Maut

Padang Terap: Kemalangan yang membabitkan tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Padang Lanjut, di sini, dipercayai akibat cuba untuk mengelak haiwan yang melintas.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada sekitar jam 4.15 petang semalam apabila kereta Proton Wira dari arah Semeliang menuju ke Kuala Nerang itu cuba untuk mengelak haiwan yang melintas secara tiba-tiba di hadapan kenderaan itu.

Beliau berkata, kejadian terbabit menyebabkan motosikal yang datang dari arah bertentangan  dipercayai terlanggar bahagian tepi pintu hadapan sebelah kiri kereta berkenaan.

Tambahnya, akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta berusia 37 tahun dan anaknya berusia enam tahun meninggal di tempat kejadian malah penunggang motosikal yang berusia 20 tahun juga turut meninggal di lokasi kejadian manakala pembonceng yang berusia 11 tahun parah dan sedang dirawat di Hospital Kuala Nerang.

Sementara itu, Mulkiaman berkata, saksi kejadian itu gagal memastikan spesies haiwan melintas kerana tidak melihatnya dengan jelas.

Tiga mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat dan siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, kemalangan itu juga menyebabkan kereta terbabit rosak teruk pada bahagian bumbung dan keempat-empat pintu, manakala motosikal rosak teruk pada bahagian depan kenderaan serta patah kedua-dua cermin pandang belakang.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply