Cubaan Bawa 13 Lembu Rentas Negara Ditahan Polis

| May 8, 2021 | 0 Comments

Cubaan Bawa 13 Lembu Rentas Negara Ditahan Polis | Disebabkan oleh bulan syawal yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi, permintaan terhadap daging lembu agak tinggi dan harga daging lembu dalam pasaran turut meningkat.

Cubaan Bawa 13 Lembu Rentas Negara Ditahan Polis

Disebabkan oleh sifat yang inginkan keuntungan, seorang lelaki bertindak nekad denagn menyeludup sebanyak 13 ekor lembu dari Thailand ke dalam negara. Kesemua lembu itu bernilai RM91,000 dan diheret masuk kedalam negara menggunakan perahu ketika menyeberangi Sungai Golok menerusi pangkalan haram Mek Gombak dekat Rantau Panjang, semalam.

Pegawai Pemerintah Medan Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Azhari Nusi, berkata hasil maklumat diterima anggotanya membuat pemerhatian awal di tebing Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Mek Gombak kira-kira 10.30 pagi.

Hasil pemerhatian anggota bertugas mendapati beberapa lelaki yang tidak dikenali mengheret beberapa ekor lembu menggunakan perahu menyeberangi Sungai Golok dari sebelah sempadan Thailand ke Malaysia. Anggota PGA7 telah mengekori kumpulan lelaki yang mengheret lembu itu ke dalam hutan berhampiran dipercayai untuk disembunyikan.

Mereka melepaskan ikatan pada lembu sebaik sahaja menyedari kedatangan PGA7. Mereka bertindak sedemikian kerana ingin melarikan diri di kawasan semak berhampiran daripada ditangkap oleh pihak berkuasa yang sedang bertugas. Pasukan Strike Force cuba mengejar tetapi tidak berjaya mengesan kumpulan lelaki tersebut yang disyaki sudah menghilangkan diri ke dalam hutan.

Hasil pemeriksaan di kawasan semak berhampiran, pihak PGA7 menemukan 13 ekor lembu. Pasukan serbuan itu telah menunggu selama 30 minit di lokasi itu, namun tiada individu yang datang ke situ untuk menuntut lembu itu.

PGA7 merampas semua lembu tersebut dan dihantar ke Stesen Kuarantin Haiwan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen (11) (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) 201.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *