Kes penculikan berkaitan kanak-kanak dan penjualan organ manusia yang tular di media sosial sejak akhir ini disifatkan sebagai palsu dan tidak berasas.

Culik Kanak-Kanak, Jual Organ Di Media Sosial. 'Ini' Komen Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kebanyakan kes didakwa itu didapati tidak benar dan tidak pasti tujuan ia diadakan.

Berita (tular) di media sosial mengenai penculikan kanak-kanak dan (penjualan) organ manusia didapati tidak benar dan tidak pasti tujuan ia diadakan.

Sidang Media berkata, kecuali kes yang berlaku di Genting Highlands itu yang masih dalam perbicaraan, suspek sudah dituduh dan biarlah mahkamah yang menentukan kesahihannya.

Terdahulu Acryl Sani ditemui ketika menghadiri Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Batu Uban di sini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim.

Pada majlis itu diadakan perbarisan, penyampaian sijil penghargaan dan’Fleet Review’ kapal dan bot ronda di jeti.

Mengulas lanjut Acryl berkata polis menyeru rakyat Malaysia khususnya ibu bapa bagi menjaga keselamatan anak mereka.

Menjaga keselamatan memang digalakkan dan ia menunjukkan keprihatinan masyarakat semakin meningkat.

Beliau berkata, Namun jangan sampai kita terbabit menyebarkan berita tidak benar yang boleh menggugat keamanan.

Dalam ucapannya, Acryl Sani berkata, dari Januari hingga Ogos 2021, sebanyak 4,463 kes membabitkan kesalahan penyeludupan kontraban, migran, khazanah negara dan dadah berjaya dikesan oleh PPM seluruh negara dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM247 juta.

Bagi tempoh sama pada tahun 2022 pula, sebanyak 5,103 kes direkodkan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM292.6 juta.

Jelasnya, peningkatan jumlah kes serta nilai rampasan bagi tempoh kajian ini membuktikan bahawa tindakan proaktif PPM membuahkan hasil.

Menurut Acryl Sani lagi, PPM Wilayah turut mengalami pembaharuan serta pembangunan fizikal dan bukan fizikal yang atau sedang dibangunkan.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply